Monday 30 May 2011

ku tetap menunggu !:D

saya rindu sgt blog saya ni !haha akhirnya saya dpt buka juga..huhu punya lah saya blum comfirm email rupanya...tpi xpa skrg dah baik pun dia...haha apa2 pun syukur lah yer...amin... topik saya hari ini ni kan ceta pasal saya kecewa bha ni...eee saya sdih sgt brapa hari ni tau saya xdpt trima dia ada yg lain dah.. !!!! saya kecewa !!!! saya syg ngan org tu smpai skrg tau sayang saya ngan dia smpai saya xdpt trima org lain...saya x mampu buka hati saya ngan org lain tp saya tahu ni memg hnya untk smentara waktu mgkn ni hnya hautan syaitan kan..huhu sekarang dia dah ada yg miliki ...saya dah lmbt,,3 hari saya pergi kau trus brubah yerk...xpa bha saya ingat tu ! saya tahu ni smua silap saya juga ...saya dah terlambat untuk ambik hati dia semula...tia pa bha.. tapi aku dak pernah terfkir bha boleh sdih mcm ni mgalah kan ksedihan aku tym clash...aku tahu hati dia brubah dah. aku ni bkn spa2 dia lagi sapa aku untuk mrh dia apa bila dia pertahan kan ppuan tu ...rasa nak lempang jer dia tym dia prthankan ppuan tue.. tapi aku selalu blajar untuk lupa kan dia n jauh kan diri dari dia walau aku x mampu ...aku akan dkt kan lagi dri dgn allah... tapi untuk terakhir ni sya nak tahu apakah hati dia btul2 dah brubah?? selama kami cpl btul kah dia setia mcm ak pena setia dgn dia?? pernah kah dia syg aku mcm aku syg dia ?pernah kah dia hargai aku mcm aku hargai dia ? dan pena kah aku miliki dia spenuh nya... kalau dia pena syg aku tul2 setia ngan aku tul2 knpa cpt tul dia brubah ?? knpa senang sgt dia cari pengganti ? apa sbnrnya hati dia ? persoalan ni akan saya pendam selamanya..

Thursday 19 May 2011

Camping !!

Minggu lepas kan pada tarikh 13-15 haribulan 5 tahun 2011 kami telah mengikuti perkhemahan di Malangkap ..perkhemahan sains sukan lah konon..hahaha tym kem ni bnyk gak lah perkara best yang berlaku tpi ada juak dak best ni..hehe tapi apa2 pun bnyk pengalaman yang aku dapat dri sana...selain tu  sjak dri sna tu ak jd pemberani skit tp skit jaklah..haha sebenar nya yg ikt kem tu ada saya punya eX bf bha tue,tue yg saya sukak tu..hehe ntah xtau lah dkt setahun suda kami clash tp xdpt pulak lupakan dia,senyum dia,ketawa dia ...(jiwanglah pula)..hehe tpi syg nya dia dah berpunya saya terlambat dah slama 1 tahun ni saya memg tul2 kcewa tp dalam diam saya mci minat ngan dia walaupun dia x perasan yang saya minat dia tp mgkn dia perasan kot tp ntah lah x tau nak ckp pa...saya tak mahu berharap n kecewa untuk kali k2 so biarlah saya jak tahu apa yg saya rasa ni...tym kat malangkap saya x berckp sgt ngan dia ,memg sya malu mw bckp ngan dia kan nak buat mcm mna gak... tp kan ada 1 mlm tue tym mlm last ada mlm kbudayaan so saya pun rapat2 kan lah hbungan pda mlm terakhir ni kan mnatau ingat sampai bila2..hehe saya tgur dia ni saya bnyak bwa dia ckp,n dia pun ok jak lah sbb dia dah anggap saya n yg lain tu mcm kwn2 kan...tp memg saya happy sgt mlm tu saya rasa nak lihat jak muka dia tu setiap saat ..hehe alah asyik ceta psal dia jak kan...mcm lah ni tentang dia..jom p topik semula...tym hari pertama kat sna bule saya jtuh kat jambatan gantung tu,...haha nsib xda org nmpk kin malu jak..haha tp cikgu azmi nampk  nsib ckgu 2 xda perasaa...huhu kalau x ntah lah aku pun xtaw nak ckp apa...tym tu saya mau p masak nasi bha tu punyalah bnyak halangan..haha trun p sungai lagi ..huhu
 ini lah tm trip mau jalan dah ni..haha ini kwn saya nma dia yana cute kan dia..heeeeeeeeeeeeeeeeeee
ini my besties sgt2 yang memg 1 kpala lah..haha smua sama akal kmi hrap kmi ber4 bkekalan lor..hehe saya syg drg sgt2 tp kdang2 rsa mcm sdih juga lah lau drg kci tnggal saya...eee mcm nak cubit jer drg!!!
ini gmbr yg smpat diambil tym mlm kbudayaan..hehe naa apa kau rasa bgambr ngan org kita minat happy abis tau smpai rusak ni gmbr..haha ex saya tu ada diantara 2 laki dlm gmbr ni jd mna2 lah yg berkenan itulah tu..haha
ini gmbr kami smua kwn2 saya yang memg cantik molek n cute2..hehe
hensem kah ?hahaha jan salah faham ni bkn bf saya ter ..just kwn bha ni smua bkn ada apa lor..iskkk smua org salah fham jak tau..kami kwn lah...
inilah bha smua gmbr2 kami kalau upload ni smpai bsuk x abis...ckup lah bha ni r..hahah

Wednesday 4 May 2011

KEHIDUPAN

KEHIDUPAN INI TIDAK MENJANJI KAN KEBAHAGIAN SEPANJANG MASA KADANGKALA MANUSIA DIASAK DENGAN PELBAGAI UJIAN DAN DUGAAN...SEKIRANYA KITA LEMAH KITA AKAN TERUS HANYUT MENGIKUT KATA HATI DAN TIDAK BERUSAHA MENCARI PENYELESAIAN UNTUK MENYELAMATKAN DIRI DAN KEADAAN..KEHIDUPAN ITU ADALAH SUATU NIKMAT BAGI ORANG YANG MENGHARGAI DAN MENYEDARINYA..
SESUATU YANG DIIMPIKAN  TIDAK SELALU MENJADI KENYATAAN..TETAPI APA YANG TIDAK DIDUGA SELALU BERLAKU SECARA TIBA-TIBA...BIARLAH KITA MENANGIS HARI INI KERANA KESAKITAN SEMALAM,TETAPI USAH KETAWA BERPANJANGAN KERANA KEGEMBIRAAN YANG BELUM PASTI  UNTUK SELAMA-LAMANYA....

Sunday 1 May 2011

sya langgar !!!!

apa dah aku buat ni ...astagaaaaaaaaaaaaaa...pelik nya perangai aku ni aku x pernah fkir yg aku akan terima dia smula...apa aku buat ni ! aku langgar janji ngan adam !adam bwa smbung aku x maw dia bwa cpl aku mau plak ! aik ...bengong aku ni tau..adam im srry x dpt trima kau smula malah trima org lain...ak x bole tolak perasaan aku sma dia sygggggggggg...imsowey...saya pun x tau knpa saya sukak dia !dia x hnsem tp tetp jugak ngan dia...tah lah apa lgi perangai aku pas ni...??? ermmm apa lagi yg akan jd mgan aku ni pas ni ..dugaan apa lagi pas ni yg akan menyerong kan jalan aku ni...sebagai manusia memg kita xdpt ramal apa yg akn jadi dmnsa akn dtg ..apa yg kita akn buat pda msa seterusnya spa yg rancang ni n kita jalani nya...

Friday 29 April 2011

happy :)

Lama xjmpa dia tue r..tetiba hari ini berjumpa pula !haha happy sgt2 ingat pula tym cOuple dlu...heeeeeeeeeeee skrg bekas jak tp hari ni dia baik pula blanja aku ..mcm rasa tym2 dlu..hehe wlaupun x cpl tp mcm cpl..hahahaha tp skrg dia tmbh cubby tmbh cute tmbh tinggi atau aku yg dah tmbh rendah...hishh rsa bhagia pula hari ni dpt relax kan otak yg dah beku ni ...syOk pula jd kwn kan kita just kwn tp dlm hati x spa yg tau...tpi i jeles tngok xmx dia ngan ppuan ...isk apa pasal pula g2 ...aku mna boleh ada perasaan g2...sdih juga terpaksa than perasaan ni kan tp apa bule wat sabOr je lah..heheee xpa lah tue mgkn lbih baik kmi bkwn kan tpi ngan dia aku lupa kan adam sdang kan aku mw tetap pgang janji aku...adam pula hilangkn diri skrg ni ,aku kejam ngan dia aku buat dia sakit n kecewa dia bwa jmpa aku x mw dah...kcian dia sanggup pulang kb hanya nak jmpa aku tp aku ni jahat sgt !pening aku pkir ni tau mna 1 bha aku mau knpa lah aku ni tamak !aku x tau nak pilih spa aku mw drg  2 2 aku mw sntiasa happy ngan drg tpi xleh msti pilih juga so lg baik x yah pilih sapa2...sama2 kcewa.. bengong !

Thursday 21 April 2011

Air Mata tidak selamanya abadi...

Senyum. Bahagia. Tenang. Ke mana perginya hari-hari gelap itu? Hilangnya tidak disedari. Lesapnya tidak mengesankan lagi. Alhamdulillah. Akhirnya, detik-detik hitam itu sudah berlalu. Pasti. Semua orang pastinya pernah diuji dengan pelbagai jenis dugaan. Semua tak terkecuali. Namun, tanda perhatian dan kasih sayang ALLAH pada hamba-hambaNYA ini seringkali disalah tafsirkan sebagai kemusnahan, disalah ertikan sebagai perhentian terakhir hidup bagi mereka yang lemah akal dan jiwanya. Tidak, aku tidak akan sekali-kali menyalahkan mereka. Kelemahan adalah sebahagian ‘anggota’ manusia, ketidaksempurnaan pula ada ‘nama timangan’ mereka.

Dulu, ada satu kisah tentang rama-rama. Sering ku kisahkan cerita ini pada mereka yang lagi dirundum kesedihan. Dengan kisah ini jualah, terselit sekelumit harapan untuk menyisip secebis kekuatan buat mereka yang lemah. Memang, aku tidak mampu menyanyikan lagu‘Semangat yang Hilang’ untuk mengobarkan kembali semangat mereka, aku juga tidak dapat memberi preskripsi ubat untuk menghilangkan ingatan-ingatan buruk itu, malah aku tidak akan mungkin punya kuasa ajaib untuk mengubah takdir jika bukan diri mereka sendiri yang ingin bangkit mengubah segalanya.

Rama-rama bagiku cukup simbolik. Lambang perjuangan hidup. Ia terbang mengibarkan kepak warna-warninya yang indah dan memukau setiap mata yang memandang. Namun, dulunya rama-rama ini tak lebih dari seekor beluncas. Ya, seekor beluncas yang dibenci, dianggap perosak dan sering dijauhi. Namun, kemudian berubah menjadi kepompong sebelum bertransformasi menjadi seekor rama-rama yang cantik.

Kisah rama-rama ini kisah benar, bukan rekayasa atau hikayat dongeng penuh fantasi tetapi lebih kepada teori logik, sebuah cerita saintifik. Pernah, terdapat sekumpulan saintis sedang membuat kajian terhadap rama-rama. Mereka memerhatikan dengan teliti proses bagaimana seekor rama-rama keluar dari kepompongnya. Ia kelihatan seperti kepayahan, terseksa untuk mengeluarkan diri. Berjam-jam lamanya, rama-rama ini mencuba, mencuba, dan terus mencuba untuk keluar dari kepompong yang kecil itu. Akhirnya, ia berhasil. Rama-rama ini pun terbang ke sana dan ke mari seolah-olah meraikan kebebasannya.

Saintis-saintis muda ini kemudian beralih kepada rama-rama yang lain. Mereka sepakat untuk membantu mengeluarkan rama-rama ini dari kepompongnya dengan menggunting kepompong tersebut. Rama-rama ini berhasil ‘di’keluarkan dengan mudahnya. Namun, tahukah kamu apa yang terjadi dengan rama-rama ini? Tidak, ia tidak mati. Ia masih hidup, ia meneruskan hidupnya dalam keadaan cacat seumur hidup. Ia tidak berupaya untuk terbang, tidak akan pernah mampu terbang seperti layaknya. Bukankah ini lebih malang? Ternyata, segala kesukaran serta kepayahan ketika berusaha keluar dari kepompong itulah yang memberi kekuatan bagi seekor rama-rama untuk terbang. 

Hakikatnya, apa yang tidak membunuh kita itulah yang melangsungkan kehidupan ini. Kita tidak akan kenal bahagia sebelum melalui sengsara, tidak kenal cinta sebelum faham erti benci, tidak menghargai senyuman tanpa air mata pedih. Kitaran hidup ini perlu didalami, jatuh bangunnya, turun naiknya, takdir dan karma. Tentu, kata –kata ini sering kita dengar di mana-mana, “setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya”. Ini bukan kata-kata kosong yang palsu. Bukan. Tetapi, jangan pula tanyakan padaku, bila dan bagaimana?

Wallahualam

Tetapi bersabarlah. Airmata tidak abadi, kering suatu masa nanti. Percayalah, keajaiban itu pasti ada. Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui tiap sesuatunya.

teguran itu penting !




Orang yang dapat menegur orang lain adalah orang yang sedia menerima teguran orang lain

Ayat diatas adalah antara kata-kata cerdik pandai mengenai orang yang menegur dan ditegur. Teguran boleh berlaku di mana-mana, berlaku di dalam pemerintahan kerajaan, di dalam syarikat-syarikat, di dalam persatuan-persatuan, di sekolah. Dalam rumahtangga juga berlaku, bapa menegur anak, isteri ditegur suami, dan lain-lain. Makna katanya teguran itu berlaku di mana-mana sahaja.
Teguran boleh dibahagi kepada dua secara asasnya, teguran yang membina dan yang statik dan jumud. Manusia keseluruhannya mengharapkan teguran yang membina bukan yang statik. Tetapi tidak kurang juga yang tidak lansgsung suka ditegur.

Sifat manusia yang diketahui ialah, hanya bersedia ditegur apabila dia yang membutuhkan teguran tersebut. Contohnya, Si A pergi ke Si B dan ingin meminta teguran atau nasihat, ketika itu apa sahaja yang dikatakan oleh Si B akan di dengari dengan berlapang dada.

Lain pula sekiranya seseorang yang tidak membutuhkan teguran, tiba-tiba ditegur. Hanya setengah orang yang berjiwa besar sahaja yang boleh menerima teguran spontan tersebut, Manakala yang berjiwa kecil, akan terasa dan terus terseksa hati.


Orang yang Menegur

Manusia memang tidak pernah lari daripada melakukan kesalahan, yang berbeza hanya banyak dan sedikit. Tetapi biarlah orang yang cuba menegur tersebut adalah orang yang minimum kesalahannya supaya teguran yang diberikan itu bersifat trully dan hidup.

Jangan jadi seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus. Sesuatu yang agak pelik apabila penagih dadah tegar mengajar atau menegur orang lain pergi ke masjid, walhal mereka sendiri masih terkontang kanting ditepi longkang dalam kotak.

Sebab itu kalau kita suka menegur, kita mesti pastikan teguran itu di tuju ke arah kita terlebih dahulu, kemudian baru ke orang lain.


Orang yang Ditegur


Teguran itu kebiasaannya bersifat membina, kerana apa yang tidak kita sedar kadang-kadang orang lain sudah sedar terlebih dahulu, persepsi kita lain, persepsi orang, lain. Sebab itu apabila ditegur, jangan terlalu cepat melenting dan menolak teguran tersebut. Kalau begitu, anda adalah orang paling rugi, kerana anda berpeluang membina diri anda tetapi awal-awal lagi anda sudah merobohkannya.

Kata Hukama, "Orang biasa akan marah apabila dikritik oleh orang lain, manakala orang yang mulia ialah mereka yang memperbaiki diri daripada kritikan orang lain. Seharusnya begini lah resam kehidupan kita".


Manusia memerlukan 'cermin' bagi bagi meneliti diri. Orang disekeliling adalah cermin bagi kita. Cuba bayangkan anda bercukur misai tanpa bercermin. Bukankah susah?.



Yang Paling Penting

Setiap orang yang menegur pasti sedia juga ditegur. Ramai yang tidak mampu lakukan ini. Hanya suka menegur tetapi tidak pula suka ditegur. Sebab itu penting apabila menegur isyaratkan terlebih dahulu, teguran itu adalah terlebih dahulu untuk diri sendiri.

Ingat! Apabila anda menuding jari terhadap kesilapan orang lain, sebenarnya 3 jari anda telah menuding kepada diri anda sendiri. Itu adatnya.

PLAYFUL kisS ..

PLAYFUL kisS ..



keminatannnn.....